Selasa, 17 September 2013

Sumbangan Dana Pembangunan Madrasah As-Sobirin.

Madrasah As-Sobirin merupakan sebuah pusat pengajian serba dhaif berasaskan sistem pondok. Ianya terletak di Kampung Prai Pee wilayah Kampong Chhnang, Kemboja. Perjalanan dari Bandar Phnom Penh ke Kampung Prai Pee mengambil masa 2 jam dengan jarak perjalanan sejauh 60 kilometer ke kampung tersebut. Madrasah Al-Sobirin ini baru sahaja beroperasi pada awal bulan Ogos 2013 dan hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar iaitu Ustaz Sulaiman bin Ramli merangkap pengetua/mudir di madrasah tersebut.
Ustaz Sulaiman, bekerja keras untuk mengembangkan
pendidikan Islam di Kemboja
Madrasah ini telah menempatkan seramai 204 orang pelajar yang terdiri daripada 126 orang pelajar perempuan dan 78 orang pelajar lelaki. Majoriti pelajar madrasah berumur dalam likungan 18 hingga 20 tahun. Sumber kewangan sepenuhnya bergantung kepada sumbangan ibu bapa pelajar-pelajar madrasah tersebut.

Kaedah pembelajaran mereka lebih ditekankan kepada sistem pembelajaran ‘pondok’. Pembelajaran mereka mempunyai dua sesi iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Pada waktu pagi mereka mempelajari kitab-kitab lama seperti kitab fadhail, hadis dan lain-lain. Manakala pada waktu petang, mereka mempelajari bahasa asing, seperti bahasa Thailand, bahasa Melayu, dan bahasa Inggeris.

Kami dimaklumkan bahawa Ustaz Sulaiman tidak mempunyai gaji sepanjang beliau mengajar di madrasah Al-Sobirin. Beliau hanya mendapat zakat dari pihak mufti dan sedikit bantuan kewangan daripada ibu bapa pelajar. Di samping itu beliau melakukan sedikit kerja kampung iaitu menuai padi sebelum mengajar dan semasa waktu lapang.

Asrama pelajar lelaki.

Tandas yg belum siap.

Tempat memasak yg belum siap.

Dewan tempat belajar dlm proses pembinaan.

Dewan yg sedia ada sekarang, digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan
utk belajar dan juga sebagai asrama oleh pelajar perempuan utk tidur.
Hanya beralaskan lantai.
Saya mewakili pihak Madrasah As-sobirin ingin memohon sumbangan/bantuan/dana pembangunan.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang tunai atau bankin ke:

- Akaun Bank Islam Malaysia Berhad
- Nama : Abdul Syukur Ramli
- No Akaun : 02-011-02-104964-3

Sumbangan dijalankan sepanjang tahun.
*sila maklumkan kpd saya setelah sumbangan dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sebarang pertanyaan/berminat sila hubungi/sms sy di talian : 019-4132586 (Syukur)